bakery cookies izali

bakery cookies izali

Rabu, 30 Januari 2019

Resepi Tart(Roti) Telur


Bahan Bahan

6 keping roti
3 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 tsp tepung kastard
1/4 cup susu cair/tepung
1/4 cup gula kastor


Cara Cara

1) Panaskan oven. Untuk filling masukkan kesemua bahan kecuali roti ke dalam bekas dan whisk sehingga sebati. Tepung kastard guna untuk filling lebih kuning dan berkilat.

2) Lenyek roti, tekap roti dengan bekas bulat mengikut saiz acuan dan letak roti atas acuan yang dah disapu dengan marjerin.

3) Tuangkan filling tadi ke atas roti sehingga cukup cukup saja.

4) Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit. Filling akan naik kembang tapi nanti turun balik bila dikeluarkan. 



SIAP!!!
Resipi oleh Acuyuhan 

Resepi Donut Gebu Asli





Donut Gebu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan (untuk 34 biji)

~1 kg tepung gandum
~1 paket yis segera mauripan (11g)
~2 sudu besar susu pekat manis
~1/2 sudu kecil garam
~1/2 cwn minyak masak
~550 gm air bertapis
~Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara cara

~Larutkan garam, susu ke dalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja. Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
~Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
~Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
~Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.
~Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
~Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
~Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.
~Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
~Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
~Tunggu suam (dalam 2 minit diangkat) sebelum digaulkan dalam gula caster bagi mengelakkan gula cair melekat. Atau boleh juga dihias sesuka hati anda sebelum dihidang.

Tips

Kita boleh menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menggoreng donut ini sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya. 

Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal. 

Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.

Untuk simpanan dalam jangka pendek, hanya perlu disimpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.

Selasa, 29 Januari 2019

Resipi Nasi Kuning Ikan Tongkol






Bahan Nasi Kuning

~3 cawan beras (basuh dan tos)
~1sudu teh serbuk kunyit
~11/2 biji bawang besar- hiris
~1 inci halia - hiris
~4 ulas bwg putih - hiris
~2 batang serai - ketuk
~3 helai daun pandan
~2 cawan air
~1 cawan santan
~Garam
~Gula
~Minyak masak sedikit


Penyediaan Nasi Kuning

~Panaskan minyak dan tumis serai, daun pandan dan  bahan-bahan hiris hingga naik bau.
~Masukkan beras, serbuk kunyit, garam, gula, air dan santan.
~Kacau rata dan biar nasi masak macam biasa.


Lauk: Sambal Ikan Tongkol (Pilihan Utama)

Bahan-bahan Sambal Ikan

~Beberapa ekor ikan (atau 6 ketul ikan tongkol bersihkan dan rebus bersama garam dan asam keping)
~5 biji cilipadi - kisar
~4 sudu besar cili kering kisar
~2 biji bwg besar - kisar
~3 ulas bwg putih - kisar
~2 btg serai - hiris /ketuk
~2 sudu besar gula biasa
~Garam
~Minyak


Penyediaan Sambal Ikan 

~Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili kering kisar dan bahan-bahan kisar lain hingga wangi.
~Masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
~Akhir sekali masuk ikan.
~Kacau sebati dan angkat.


●Hidangkan bersama telur rebus dan potongan timun


Like & Share Bakery Cookies Izali

Resepi Pulut Udang Pangang





Pulut Udang/Pulut Panggang
Oleh : Surianti Ramli

Bahan A :
2 cawan beras pulut (direndam 4 jam)
-kukus pulut hingga masak.

Bahan B
1 cawan santan*
Secubit garam*
1 sb mentega*
-masak bahan bertanda * di atas dalam api perlahan hingga sedikit didih.

Gaulkan sebati bahan A (pulut kukus) bersama bahan B (santan) sewaktu masih panas. Ketepikan.

Inti :
1/2 biji kelapa parut
7 tangkai lada kering (rebus terlebih dulu untuk melembutkannya)
2 sb udang kering
1 sb jintan manis
1 batang serai
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit minyak untuk menumis
Semangkuk udang kertas/udang basah
Garam dan gula secukup rasa
-kisar halus lada kering, jintan manis, serai, kunyit hidup dan udang kering. Ketepikan. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik baunya. Masukkan garam, gula dan udang basah. Kacau sekejap dan masukkan kelapa parut. Kacau hingga kering dalam api perlahan. Inti pulut udang mestilah rasa manis2 pedas. Tutup api.

Cara penyediaan :
-sediakan daun pisang layur secukupnya.
-letak 3 sb pulut di atas daun pisang. Letakkan inti di atasnya. Gulung dan balut dengan kemas. Sematkan lidi pada kiri dan kanan. (Boleh juga guna stapler jika tiada lidi). Buat hingga habis.
-panggang hingga masak. Sue gunakan kuali leper yang telah disapu sedikit minyak. Boleh gunakan non-stick pan atau pemanggang ajaib.

Resepi Karipap Pastel(Inti Bihun)




                            Karipap Pastel (Inti Bihun)


Bahan Kulit:
~175 gr Tepung terigu protein rendah
~40 gr Margarin
~50 ml Air panas
~35 ml Minyak goreng
~Secubit garam

Bahan Inti :
~100 gr Daging ayam cincang
~75 gr Bihun, rendam air panas
~2 bh Wortel, potong kotak kecil
~1 bh Daun bawang

Haluskan :
~2 ulas bawang putih
~1 ulas bawang merah
~Merica, gula, garam (secukupnya)

Cara Membuatnya  :

Inti :
~Panaskan minyak goreng lalu tumis bumbu halus hingga sampai harum, masukkan daging ayam dan masak sampai berubah warna, tambahkan wortel aduk sebentar sampai layu. Tambahkan bihun, daun bawang dan beri merica, gula dan garam

Kulit:
~Masukkan margarin kedalam air panas lalu aduk hingga meleleh, tambahkan garam dan minyak goreng, gaul rata dan biarkan hangat. 
~Masukkan campuran air hangat tadi kedalam tepung terigu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga didapat adunan yang kalis dan tidak lekat di tangan, sisihkan
~Gilas adonan hingga cukup tipis, cetak berbentuk bulat dan beri isi secukupnya, tutup dan tekan lalu pilin bagian tepi pastel, goreng dalam minyak panas di atas api sedang hingga matang, ~angkat dan toskan


Like & Share Bakery Cookies Izali

Isnin, 28 Januari 2019

Resipi Onde-Onde





                                    Resipi Onde-Onde

Bahan-bahan kulit
~600 gram tepung pulut diayak
~450 ml air suam
~50 gram bijan
~2 biji telur
~garam secukupnya
~minyak secukupnya

Bahan-bahan Inti
~1200 ml air
~600 gram kacang merah
~150 gram gula Melaka
~150 gram gula pasir
~2 sudu makan tepung ubi
~2 helai daun pandan yang dipotong kecil

Cara memasak Inti
~Rebuskan kacang merah yang sudah dicuci dengan air hingga kembang.
~Masukkan gula Melaka dan gula pasir. 
~Gaul rata dan masaklah hingga hampir kering.
~Taburkan tepung ubi supaya inti menjadi kental dan boleh dibulat-bulatkan setelah sejuk nanti. Angkat dan ketepikan.

Untuk kulitnya,
~Adun tepung bersama air suam, telur dan garam. 
~Bentukkan bulat dan tekan bahagian tengahnya, untuk dimasukkan inti. Selepas itu, bulatkan seperti bola golf.
~Golekkan di atas bijan, sambil ditekan-tekan sedikit agar bijan melekat.
~Panaskan minyak dalam kuali, kemudian gorenh adunan dengan api perlahan sehingga kekuningan. 
~Angkat dan sedia dihidang.

Like & Share Bakery Cookies Izali

Cupcake Coklat Leleh



Kek Kukus Coklet Lembab



Bahan A
~1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
~1 cawan gula pasir
~1 cawan susu cair
~1 cawan minyak masak
~1/2 cawan susu pekat

Bahan B
~1 1/2 cawan tepung gandum
~1 sudu teh soda bikarbonat
~1 sudu teh baking powder

Bahan C
~1 sudu teh esen vanilla
~3 biji telur (suhu bilik)

Cara membuatnya:

1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.

2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.

3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla kedalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.

4. Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.

5. Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 

6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

7. Angkat  dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong. 

BAHAN UNTUK TOPPING( Ganache)

Bahan-bahan
~300 gm coklat masakan - dipotong kecil
~1 sudu besar susu pekat
~1/2 cawan susu cair
~2 sudu besar butter

Cara:

1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.

2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.

3. Curahkan ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.

4. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas.

— Resepi Fiza Cooking
Like & Share Bakery Cookies Izali

Resepi Tart Nenas


Resepi Tart Nenas Gulung



Bahan-Bahan:

Bahan untuk jem :

~2 biji nenas, parut dan toskan air
~600 gram gula
~1 batang kayu manis
~2-3 titik pewarna kuning
●Bagi anda yang tiada masa membuat jem nenas, anda boleh gunakan yang sedia ada di kedai.

Bahan-bahan untuk tat :

~125 gram mentega, 
~1 sudu besar gula kastor
~1 biji kuning telur
~1 sudu besar minyak sapi
~1 3/4 cawan tepung gandum*
~1/4 cawan tepung jagung*
~1 sudu besar tepung kastard*
~1/2 sudu kecil garam halus

Bahan untuk hiasan:

~1 biji kuning telur
~1 sudu air
~Setitik pewarna kuning

Cara membuat jem nenas :

~Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kulit kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.

Cara membuat tat :

~Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.
~Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
~Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
~Masukkan doh ke dalam acuan tat, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
Sapukan atas tat gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.

Cara-cara untuk bahan hiasan:
~Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tat gulung.

Like & Share Bakery Cookies Izali

Ahad, 27 Januari 2019

Resipi Kuih Pasong




                                        KUIH PASUNG

RESIPI DAN CARA MEMBUAT KUIH PASONG

BAHAN- BAHAN:-
(A)
~2 cwn tepung gandum
~3/4 cwn tepung beras
~1 cwn gula 
~Secubit garam

(B)
~2 cwan pati santan 
~1 kotak kecil santan 
(   DI MASAK )

(C)
~1 1/2 cwn air
~1kotak kecil santan

CARA- CARA :-

1) Satukn  bahan ( A )tepung gandum ,
tepung beras, garam  dan gula

2) Masukkn  bahan ( B ) santan panas2 yg di masak tdi gaul sebati

3) Masukkn bahan (C) gaul perlahan2
dan siap tapiskn supaya tak berketul2 

4) Masukkn Kon mcm dlm gambar kedlm periuk dan sedia utk di isi adunan tepung
tadi  kmudian kukuskn , jgn trlalu penuh 
cuma sukatan 3/4 sja . Utk mengetahui
kuih masak , tepung akan kembang dan angkat
sejukn dan sdia dihidangkn.

Rasepi dr Rosnani Mastor..

-jangan lupa-
Like & Share
https://www.facebook.com/pg/bakerycookiesizali/community/
https://bakerycookiesizali.blogspot.com

Resipi Biskut Kacang



Biskut Kacang Sedap



Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan serbuk kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 cawan gula halus
  • minyak jagung daisy atau minyak mazola, secukupnya
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji kuning telur, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah,gula halus dan garam hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut dan boleh dibentuk.
  2. Canai adunan setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan bulat.
  3. Susun dalam dulang yang digris dgn mentega atau dilapik dengan baking paper. Sapukan dengan kuning telur di permukaan biskut dan bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 minit atau sehingga kekuningan.

Tips:

  • Untuk mendapat serbuk kacang tanah yang halus, goreng tanpa minyak sehingga kacang menjadi rangup dan buang kulit sebelum dikisar halus.
  • Boleh juga hiaskan bahagian atas biskut dengan kacang.

Sabtu, 26 Januari 2019

Tiula Itum ( Sup Daging) versi Suluk


Sup Daging Masak Hitam (Tiula Itum) Masakan Warisan Kaum Suluk di Negeri Sabah


Resepi Sup Daging Masak Hitam (Tiula Itum)

Bahan-bahan digunakan
~Bawang Merah,

~Bawang Putih, 
~Cili Padi, 
~Lengkuas, 
~Halia, 
~Kunyit Hidup, 
~Kelapa Bakar, 
~Serai, 
~Ajinomoto, 
~Garam, 
~Daging, 
~Tulang

Siapkan bahan-bahan terlebih dahulu.

~Tumbuk Sampai Hancur
Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Kunyit Hidup, Cili Padi
Blender Dan Tapis
~Lengkuas (Ambil air sahaja)
Tumbuk separuh hancur
~Serai
~Bakar


Ambil separuh isi dari sebiji kelapa tua, bakar sampai kelapa kelihatan hitam jangan terlalu rentung, dah siap bakar, tumbuk isi kelapa bakar sampai hancur.

Cara memasak:

Bahan-bahan berkenaan di atas:

Langkah 1

Letak sedikit minyak pada kuali, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi, masukkan serai, air lengkuas, kelapa bakar dan daging serta tulang. Gaur sehingga daging nampak remuk, ampuk barulah masukkan air bersih, garam dan ajinomoto secukup rasa. Tutup kuali menggunakan penutup sesuai, tunggu sehingga daging dah lembut dan benar-benar masak.

Langkah 2

Bila dah masak, sediakan pada pering mangkuk, makan bersama nasi atau piutu ubi atau sianglag ubi. InsyaAllah citarasa, warna hitam, rasa dan baunya cukup menyelerahkan, unik dan bila dah makan pasti teringat dan teringin makan berulang kali.



Like & Share Bakery Cookies Izali

Resepi Roti Bun Simple

Roti bun manis simple sedap ;
roti bun lembut gebu sedap
Bahan-Bahan;
roti bun lembut gebu sedap
1/2 Kg Tepung Gandum
- 1/2 Pack Yis Mauripan
- 2 Sudu Besar Minyak
- 2 Sudu Besar Susu Tepung
- 2 Sudu Besar Gula
- Air Secukupnya

roti bun lembut gebu sedap
Cara-Caranya;
roti bun lembut gebu sedap
1. Masukkan tepung gandum, yis, susu tepung & gula kedalam bekas dan gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung dan uli.
3. Uli sehingga menjadi doh yang tidak terlampau lembik atau keras.
4. Masukkan minyak dan uli lagi sehingga doh tidak melekat ditangan.
5. Biarkan doh mengembang menjadi 2X ganda saiznya.
6. Bakar pada suhu 190 celcius selama 30- 45 minit.






Like & Share  Bakery Cookies Izali

Resipi Pisang Goreng Bijan


Pisang Goreng Bijan








Resipi Pisang Goreng Bijan

Bahan :
~Pisang - x kesah jenis pisang asal yg sesuai di goreng
~1 cwn tepung gandum*
~2 sb tepung beras*
~1 sk serbuk kunyit*
~Sedikit garam n gula*
~2 sb bijan*
~Air suam*

Caranye :
~Bancuh bahan * sehingga sebati 
~Celup pisang dgn bancuhan
~Goreng sehingga masak kekuningan







Like & Share ; Bakery Cookies Izali

Resipi Kuih Kering



KUIH KERING KUIH WARISAN NUSANTARA
Resipi Orang2 Lama

Bahan-bahan diperlukan:
~1/2kg tepung biasa
~1sdt garam
~150gm marjerin
~minyak utk mengoreng
~bhn sira gula:

    ~1/2cwn gula
    ~1/3cwn air
~air secukupnya utk uli doh

Cara menyediakan dan memasak:

~ayak tepung,masukkan garam dan marjerin.uli jadi serbuk roti ~masukkan air sedikit demi sedikit,uli sehingga jadi doh.
~Rehatkan adunan 15minit,
~uli lagi hingga nampak licin.
~roll doh  nipis,potong dan bentukkan.
~siap di bentuk goreng hgga kuning dgn api sedang.
~masak gula dgn air hgga nampak berbuih kacau, 
~masukkan separuh kuih kering yg telah siap kacau cepat2 supaya gula sama rata.tutup api.
~masak lagi gula seperti di atas masukkan lagi separuh yg tinggal kuih kering tadi.sy sira gula separuh2(kuih kering) supaya gula rata.
~setelah siap boleh la..mkn kan.

(simpan dlm balang kedap udara)

Like & Share
https://www.facebook.com/pg/bakerycookiesizali/community/

Resipi Kuih Penyaram Lembut

KUIH PENYARAM LEMBUT

Bahan-bahannya;

~500g tepung gandum
~100g tepung beras
~650 air(200ml air pns+450ml air kosong)
~3/4 sudu teh garam
~500g gula apong/gula melaka
~Minyak masak secukupnya

Cara-cara :

~Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras.
~Dalam bekas lain,bancuh gula apong dengan 200ml air     panas(boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka)
~Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya.
~Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.
~Tapis adunan dan perap semalaman.
~Panaskan 2/3 cawan minyak masak(guna api perlahan),ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. ~Toskan minyak. Kuih ini memang dogoreng satu persatu. 

Selamat mencuba!

Jika kurang paham,lenkali laa aku amik langkah demi langkah bergambar yer..tu pun kalo rajin la.hee..kalau ada kuali hitam tu lagi best..harus carik gak nih

Kuih ni dibiar semalaman ke 2 malam pun masih lembut lagi..ia tahan lama ye,tak mudah basi..sesuai sangat untuk bekal ke..kan.

Like n Share ; Bakery Cookies Izali

Resipi Roti Puri

                                         

                                        ROTI PURI














 Bahan-Bahannya



~2 cawan tepung gandum*


~1sdt yis kering brand mauripan*
~1sdt gula*
~3sdb minyak masak*
~1/2 sdt garam*
~3/4 cawan air panas


Cara-caranya

1. Campurkan kesemua bahan bertanda *. Gaul rata hingga berderai-derai

2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit. Saya uli dengan tangan je.. tapi doh rasa panas sikit la.. hehe

3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong

4. Peram selama 30 minit di dalam bekas bertutup

5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana

6. Gelekkan doh yang dibentuk bola pingpong tadi. saya taburkan sedikit tepung gandum diatas tempat gelek supaya tak melekat. 2-3kali gelek je dah cukup pastu terus masuk dalam kuali. Goreng satu-satu. Sambil tu siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung dan balik-balikkan.




Like & Share ; Bakery Cookies Izali