bakery cookies izali

bakery cookies izali

Rabu, 30 Januari 2019

Resepi Donut Gebu Asli





Donut Gebu
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan (untuk 34 biji)

~1 kg tepung gandum
~1 paket yis segera mauripan (11g)
~2 sudu besar susu pekat manis
~1/2 sudu kecil garam
~1/2 cwn minyak masak
~550 gm air bertapis
~Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara cara

~Larutkan garam, susu ke dalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja. Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
~Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.
~Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
~Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.
~Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
~Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
~Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi.
~Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
~Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
~Tunggu suam (dalam 2 minit diangkat) sebelum digaulkan dalam gula caster bagi mengelakkan gula cair melekat. Atau boleh juga dihias sesuka hati anda sebelum dihidang.

Tips

Kita boleh menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menggoreng donut ini sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya. 

Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal. 

Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.

Untuk simpanan dalam jangka pendek, hanya perlu disimpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan